mapim_malaysia
Feb 16
5.1K
50K
153
1,866%
Satu minggu di lapangan, pasukan mencari & menyelamat dari Malaysia yang terdiri daripada pasukan SMART, anggota Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) & Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya mengeluarkan 50 mangsa termasuk 5 yang masih hidup. Itu merupakan prestasi gerak kerja misi SAR yang sangat membanggakan walaupun pasukan kita menghadapi pelbagai cabaran termasuk terpaksa bekerja & berehat di bawah cuaca paras beku sehingga -12c. Pengalaman MAPIM dalam tugasan berat ke dunia bencana dan perang seperti perang Gaza, Syria, Somalia, Pakistan dan Palu sedikit sebanyak dapat memahami perasaan sebagai team utama di ground zero yang banyak diuji dengan kudrat, emosi, dan pelbagai lagi. Sebagai tanda sokongan kepada Wira Negara ini, Team Misi Bantuan MAPIM Malaysia berkunjung ke Stadium Nurdagi tempat mereka berkhemah bagi menyantuni dan naikkan semangat mereka dengan hidangan panas dan tajaan keperluan asas. Semoga usaha kerdil ini akan terus menyemarakkan motivasi termasuk keadaan moral mereka yang sentiasa komited dan kekal bersemangat dalam melaksanakan misi SAR. MAPIM MALAYSIA Melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Gazientep Turkiye & Syria dengan mensasarkan bantuan pelbagai di kawasan terjejas Turkiye serta Syria. MASA UNTUK INFAQ & BANTU Hulurkan sumbangan dan infaq tanda kita bersama membantu ringankan ujian mereka. Sumbangan akan diuruskan sendiri oleh pihak aktivis MAPIM Malaysia bersama Agensi Wakaf Kerajaan Turkiye & selaku rakan kerjasama di lapangan. Infaq menerusi Tabung Kemanusiaan MAPIM (Maybank 562263540066) #365hariuntukummah #turkeyearthquake #gaziantep #kahramanmaraş #malaysia
mapim_malaysia
Feb 16
5.1K
50K
153
1,866%
Cost:
Manual Stats:
Include in groups:
Products:
