mapim_malaysia
Feb 28
39
508
2
18.4%
Daerah Afrin di Syria turut terkesan akibat gempa bumi yang mengejutkan seluruh dunia di era moden ini. Ketika mata dunia tertumpu dengan bantuan mencari dan menyelamat di Turkiye, Syria yang sedia menderita akibat perang saudara selama 12 tahun, terkapai-kapai mengharapkan ada yang sudi menghulurkan tangan. Apa yang mereka ada hanya kenderaan jengkaut, kudrat dan telapak tangan dalam usaha kerja-kerja mencari & menyelamat mangsa yang masih terperangkap di dalam runtuhan bangunan. Di bawah cuaca sejuk di bawah paras -5 darjah celcius dengan usaha mencari sudah melebihi 2 minggu, tiada keajaiban yang diharapkan. Mangsa hidup mungkin tidak akan ditemukan lagi, cuma harapan keluarga adalah tetap ditemukan buat kali terakhir dengan jenazah yang tersayang untuk disempurnakan ke liang lahad. MAPIM MALAYSIA Melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Gazientep Turkiye & Syria dengan mensasarkan bantuan pelbagai di kawasan terjejas Turkiye serta Syria. MASA UNTUK INFAQ & BANTU Hulurkan sumbangan dan infaq tanda kita bersama membantu ringankan ujian mereka. Sumbangan akan diuruskan sendiri oleh pihak aktivis MAPIM Malaysia bersama Agensi Wakaf Kerajaan Turkiye & selaku rakan kerjasama di lapangan. Infaq menerusi Tabung Kemanusiaan MAPIM (Maybank 562263540066)
mapim_malaysia
Feb 28
39
508
2
18.4%
Cost:
Manual Stats:
Include in groups:
Products:
