mapim_malaysia
Mar 6
25
346
12.5%
Banjir yang melanda daerah Batu Pahat terutama di Sri Medan dan Parit Sulong disifatkan lebih buruk daripada bencana bah besar tahun 2006. Aktivis MAPIM Malaysia bersama sukarelawan pacuan empat roda 4x4 MAPIM Rangers serta gabungan wakil GISBH yang dalam siri jelajah Misi Bantuan Johor sejak Jumaat tiba di Sri Medan malam ini mendapati mangsa banjir di dalam keadaan terputus bekalan makanan, air dan elektrik. Tanpa berlengah, tim bertindak menyediakan masakan panas melalui inisiatif MAPIM Mobile Kitchen kepada orang awam, frontliners dan sukarelawan yang turut tiba membantu mangsa banjir. MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan musibah banjir serta menyokong kelangsungan misi bantuan kemanusiaan kami. Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM 562263540066 #BanjirJohor #MAPIMMALAYSIA #MapimRangers #Gisbh #MAPIMMALAYSIA #fyp
mapim_malaysia
Mar 6
25
346
12.5%
Cost:
Manual Stats:
Include in groups:
Products:
