amaze_official_
Oct 24
3.7K
67K
43%
KE JINJANG PELAMIN
Tahniah @sweetqismina dan @adm.lee, usai selamat bergelar suami dan isteri. Sama cantik, sama berbakat, sama padan. Setelah setahun mengikat pertunangan, akhirnya bertemu jodoh di atas pelamin.
Sweet tampil manis dalam persalinan “lightweight ballgown” sarat renda flora buat majlis Nikah. Kenapa tidak bukan?
Hadir dalam rona putih susu, gaun ini diolah dalam dua ceraian; “inner dress” dengan lengan Bishop bervolum serta olahan lisu tulle bersahaja, dan gaun korset kemban dengan skirt kembang dalam balutan renda sarat appliqué multiwarna pastel.
Sweet mahukan gaun kembang yang seringan mungkin, dan tidak mahu tenggelam dalam persalinan bervolum “megawatt”, maka AMAZÉ sentengkan labuh gaun agar tampak tergantung tanpa menyentuh lantai di hadapannya.
“Glam squad” juga bukan yang biasa-biasa ya. Rias wajah berseri @sahirsabri, begaan hijab ala Turki @nazlivingastyle, dan henna oleh @cempaka.inai.
Selamat pengantin baru AMAZÉ ucapkan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
amaze_official_
Oct 24
3.7K
67K
43%
Cost:
Manual Stats:
Include in groups:
Products:
