235
0.05%
FACEBOOK PDRM MENITI USIA KE-12 TAHUN! Tanggal 21 September setiap tahun adalah tarikh paling bermakna buat Facebook (FB) Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM). Hari ini menginjak tahun ke-12 pasukan kami beroperasi menyalurkan informasi yang cepat dan tepat kepada masyarakat berkaitan isu-isu keselamatan dan keamanan negara. Jutaan terima kasih buat semua 2.5 JUTA FANS PDRM yang setia memberikan sokongan dan menjadi penyuntik semangat buat pasukan FB PDRM untuk menyediakan kandungan yang lebih segar dan terkini mengikut peredaran semasa. Akan kami pasak di dalam hati agar sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik serta meningkatkan mutu penyampaian maklumat kepada masyarakat di luar sana demi memastikan rakyat Malaysia menjalani kehidupan seharian dalam keadaan aman dan sejahtera. Semoga anda terus setia bersama FB PDRM dan lain-lain media sosial kami untuk tahun-tahun yang mendatang. SOKONGAN ANDA, KEUTAMAAN KAMI. #PolisDirajaMalaysia #RoyalMalaysiaPolice #PDRM #RMP #21092022
235
0.05%
Cost:
Manual Stats:
Include in groups:
Products: