198
0.04%
KPN HADIR SIDANG DALAM TALIAN AMMTC KE-16 TAHUN 2022 Putrajaya, 21 September 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menghadiri Sidang Dalam Talian Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-16 Tahun 2022, di Garden Ballroom II, Putrajaya Marriot Hotel, IOI Resort City, Putrajaya, di sini, hari ini. AMMTC Ke-16 yang kali ini dianjurkan oleh Kerajaan Negara Kemboja dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Kemboja, H.E Samdech Kralahom Sar Kheng dengan disertai delegasi Malaysia yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz. Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada AMMTC kali ini, bertangungjawab membincangkan isu-isu penyeludupan senjata api, penggubahan wang haram, penyeludupan orang, "counter terrorism", jenayah siber dan penyeludupan haiwan liar serta pembalakan haram. Hadir sama, Ketua Pengarah Imigresen, Dato' Sri Khairul Dzaimee Daud, Setiausaha Bahagian Pejabat Strategik Nasional, Puan Syuhaida Wahab Zen, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Muda Maritim Hamid Hj. Mohd Amin dan Ketua Eksekutif Majlis Keselamatan Negara, Encik Rahamzan Hashim. Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid.
198
0.04%
Cost:
Manual Stats:
Include in groups:
Products: