pdrmsia_official
Sep 21
473
0.09%
POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJN ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PJP SARAWAK
Kuching, 21 September 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis (PJP) Sarawak, CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri di Bilik Tetamu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.
Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan isu-isu semasa berkaitan keselamatan sempadan negeri itu, khususnya usaha membanteras penyeludupan dan pengedaran dadah serta perkongsian maklumat antara JSJN Bukit Aman dengan Polis Kontinjen Sarawak.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta / Perundangan / Tahanan) JSJN, Bukit Aman, DCP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak, SAC Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, Ketua Penolong Pengarah (Technical Intelligence Analysis), JSJN Bukit Aman, ACP Choong Kok See dan Ketua JSJN Sarawak, ACP Mustafa Kamal Ghani Abdullah.
Sumber: Polis Sarawak
pdrmsia_official
Sep 21
473
0.09%
Cost:
Manual Stats:
Include in groups:
Products:
